Panduan Gaia Memory Kamen_Rider_Double

Kamen Rider Double DVD: Panduan Gaia Memory (仮面ライダーW(ダブル) DVD ガイアメモリ大図鑑, Kamen Raidā Daburu Dī Bui Dī Gaia Memori Daizukan) merupakan DVD yang dipakejkan bersama-sama isu Ogos 2010 bagi majalah Televi-kun. DVD tersebut juga didatangkan dengan sebuah buku kecil yang mengandungi maklumat yang diterangkan di dalam DVD tersebut.

Sebaik sahaja selepas insiden kes Donburi Dopant (Hyper Battle DVD), Shotaro merakamkan peristiwa kes tersebut sehinggalah dia mendengar kekecohan di dalam hangar di mana Philip tidak sedarkan diri. Sebaik Philip tersedar, dia hilang kesemua ingatannya mengenai Gaia Memory. Shotaro menggunakan majalah Televi-Kun untuk mengajar semula Philip, bermula dengan Ingatan Roh Philip, dan seterusnya Ingatan Jasad Shotaro, Fang Memory, dan akhir sekali Xtreme Memory. Philip akhirnya berjaya memulihkan ingatannya, dan menyedari bahawa dia tergelincir di atas sebiji telur yang digunakan oleh Shotaro untuk membuat donburi. Shotaro cuba beredar, tetapi kemudian dia pula tergelincir di atas sebiji telur dan terjatuh.